Friday, November 26, 2010

Rancangan Pengajaran - (2 Bijak - Kelas Prestasi Rendah)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Subjek             : Matematik
Masa                : 9.00 Pagi – 10.00 Pagi
Tahun              : 2 Bijak ( Kelas prestasi rendah )
Topik               : Ruang dan Isipadu
Kemahiran       : Menentukan isipadu Kubus dan kuboid
Pen. Sedia ada            : Murid sudah mengetahui bentuk- bentuk kubus dan kuboid
Objektif peng  : Pada akhir pembelajaran, murid dapat menentukan isipadu kubus dan kuboid
Nilai murni      : Kerjasama dalam kumpulan dan rajin
BBM               : Pelbagai kotak ( maujud ), kad imbasan

langkah
Isi pelajaran
Aktiviti / kaedah pengajaran
Catatan

Induksi
( 5 minit )

Fakta asas matematik
-          Kubus
-          Kuboid


-          Guru bersoaljawab dengan murid tentang fakta asas matematik seperti bentuk-bentuk pepejal  - kubus, kuboid
-          Murid menjawab persoalan guru.


Langkah 1
( 10 minit )


Pengenalan bentuk kubus dan kuboid

-          Guru bahagikan murid kepada kumpulan kecil.
-          Setiap kumpulan membawa dan menunjukkan kotak yang dibawa oleh mereka masing-masing.
-          Setiap kumpulan menunjukkan kotak apabila diminta oleh guru sama ada kubus atau kuboid.



Langkah 2
( 15 minit )

Menentukan isipadu kubus / kuboid

-          Setiap kumpulan diberikan kotak tisu yang kosong.
-          Guru meminta murid memasukkan kotak kecil ke dalam kotak tersebut.
-          Guru membimbing murid memahami konsep isipadu.



Langkah 3
( 15 minit )

Mengira isipadu

-          Guru membimbing murid memahami konsep isipadu.
-          Guru masukkan kotak kecil mengikut baris dan lajur sehingga penuh.
-          Murid mengira jumlah kotak kecil yang terdapat dalam kotak tersebut.
-          Guru maklumkan bahawa jumlah kotak kecil dalam kotak tisu itu adalah isipadu
sebuah kotak tisu.







Langkah 4
( 10 minit )

Membuat rumus isipadu
Isipadu = panjang x lebar x tinggi

-          Guru membuat contoh pengiraan yang melibatkan rumus.
-          Soal jawab dengan murid berhubung dengan rumus.
-          Bimbing murid yang tidak memahami konsep dan pengiraan rumus.













Nilai
Kerjasama

Penutup
( 5 minit )

Peneguhan rumus

-          Guru berbincang dengan murid mengenai rumus.
-          Mengira rumus isipadu
-          Isipadu = panjang x lebar x tinggi


Peneguhan

No comments:

Post a Comment