RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Subjek : Matematik
Masa : 9.00 Pagi – 10.00 Pagi
Tahun : 2 Bestari ( kelas prestasi tinggi )
Topik : Ruang dan Isipadu
Kemahiran : Menentukan isipadu Kubus,Kuboid dan Segitiga
Pen. Sedia ada : Murid sudah mengetahui bentuk- bentuk Kubus, Kuboid Dan Segitiga
Objektif peng : Pada akhir pembelajaran, murid dapat menentukan isipadu Kubus, Kuboid dan Segitiga.
Nilai murni : Kerjasama dalam kumpulan dan rajin
BBM : Pelbagai jenis kotak. Bahan maujud dan kad imbasan
langkah | Isi pelajaran | Aktiviti / kaedah pengajaran | Catatan |
Induksi ( 5 minit ) | Fakta asas matematik - Kubus - Kuboid - Segitiga | - Guru perkenalkan konsep - Kubus, Kuboid, Segitiga - Murid menjawab persoalan guru. | |
Langkah 1 ( 5 minit ) | Pengenalan bentuk kubus, kuboid dan segitiga | - Guru bahagikan murid kepada kumpulan kecil. - Setiap kumpulan menunjukkan kotak yang dibawa oleh mereka masing-masing. - Setiap kumpulan menunjukkan kotak apabila diminta oleh guru sama ada Kubus, Kuboid dan Segitiga | Bahan Maujud - Botol bedak - Alat mainan kanak-kanak. |
Langkah 2 ( 10 minit ) | Memperkenalkan konsep segitiga | - Setiap kumpulan ditunjukkan contoh botol bedak yang dipegang oleh guru. - Guru meminta murid meneka bentuk pada botol bedak tersebut. - Guru membimbing murid memahami konsep isipadu. | |
Langkah 3 ( 15 minit ) | Mengira isipadu segitiga Luas segitiga = ½ x tapak x tinggi Perimeter = a + b + c | a b c ab = 3cm, bc = 4cm, ca = 5cm Luas = 3cm + 4cm + 5cm = 60cm Isipadu = ½ x 4cm x 7cm = 14³ - Guru membimbing murid memahami konsep isipadu dan luas | Memberi peneguhan setiap konsep agar murid menguasai. |
Langkah 4 ( 10 minit ) | Membuat rumus isipadu Isipadu = panjang x lebar x tinggi Luas = panjang x lebar | - Guru membuat contoh pengiraan yang melibatkan rumus. - Soal jawab dengan murid berhubung dengan rumus. - Bimbing murid yang tidak memahami konsep dan pengiraan rumus. - Guru mengira isipadu tersebut. - Panjang 4cm x lebar 2 cm x tinggi 3 cm = 24 cm³ | Nilai Kerjasama |
Langkah 5 ( 10 minit ) | Latihan pengiraan. - Aktiviti kumpulan | - Guru mengedarkan kertas aktiviti. - Setiap kumpulan menyiapkan aktiviti / tugasan dalam kumpulan | |
Penutup ( 5 minit ) | Peneguhan rumus | - Guru berbincang dengan murid mengenai rumus. - Mengira rumus isipadu - Isipadu = panjang x lebar x tinggi - Membuat perbandingan pengiraan kubus dan segitiga | Peneguhan |