Friday, November 26, 2010

Rumusan/Kesimpulan

Terdapat 2 Rancangan Pengajaran harian yang telah dirangka untuk pembelajaran murid mengikut prestasi kelas masing-masing. Dalam satu sesi pembelajaran kelas berprestasi rendah hanya diajar tentang pengusaan mengenal dan mengira isipadu kubus sahaja. Tujuannnya adalah untuk memastikan murid kelas prestasi rendah tersebut mampu untuk mengusai kemahiran yang disampaikan. Manakala kelas prestasi tinggi diajar 2 kemahiran dalam satu sesi pembelajaran. Ini kerana kelas ini masih mampu untuk menguasai kemahiran yang diajar oleh guru.
Dalam rancangan pengajaran harian diatas menyatakan berlakunya pembelajaran mengikut perlaziman tingkahlaku. Ia menekankan kepada gerakbalas dimana guru memberi peneguhan pada yang salah dan pujian apabila murid menjawab dengan betul.
Dalam RPH ini juga, guru telah merangsang ingatan semula konsep. Guru telah merangsang semula minda pelajar dengan pembelajaran yang lepas. Dalam ini juga murid dapat pembelajaran tentang konsep iaitu rumus untuk isipadu dapat difahami dengan sebaik mungkin.
Dalam RPH ini murid dapat mempelajari hukum penggunaan rumus tentang isipadu seperti dalam langkah 3 dan 4. Rumus asas ini penting untuk pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi. pembelajaran peringkat penyelesaian masalah juga dapat dilihat pada 5 iaitu bahagian latih tubi. Jadi disini dapat kita simpulkan bahawa pembelajaran adalah berlarutan daripada tahap mudah kepada tahap yang sukar.

No comments:

Post a Comment